Bertindak sekarang

Dapatkan Pengurusan Harta terbaik di pasaran
013-6554600 013-6554600 TEMUI PERUNDING BERHAMPIRAN ANDA



Dapatkan e-Book anda secara percuma!!





Hubungi kami!

Dapatkan 1 jam konsultasi dan quotation melalui hibah secara percuma daripada Teamikhlas.com



Isu Harta Sepencarian?


Penceraian kadang-kadang adalah satu bala kepada isteri dan anak-anak. Isteri hilang hak memiliki harta yang dicari bersama suami.Kebiasaan isteri akan membawa kes ke mahkamah syariah bagi menuntut harta sepencarian. Keputusan lulus atau tidak bergantung kepada pembuktian di mahkamah. Jika dapat, biasanya setakat 30% daripada harta suami. Proses ini selalunya mengambil masa yang lama kerana kos melantik peguam dan masa turun naik mahkamah juga merupakan satu bebanan. Kematian Suami adalah suatu Ketetapan Ilahi. Apabila suami meninggal, hak isteri dalam harta pusaka suami ialah 1/8 atau 1/4 jika tiada anak. Baki 7/8 akan diagihkan kepada ibu bapa suami dan adik-adik suami. Isteri akan merasa kekecewaan namun hukum faraid wajib dipatuhi.



Apa itu
Perjanjian Harta Sepencarian?


Perjanjian Harta Sepencarian ialah perjanjian antara suami dan isteri mengenai persetujuan membahagikan sejumlah atau semua sesuatu harta kepada pasangannya. Perjanjian itu berkuatkuasa dari tarikh ditandangani sehinggalah kedua pihak bersetuju meminda atau membatalnya.



Bagaimana
Hak Isteri Dapat Dilindungi?

Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Perjanjian Harta Sepencarian adalah satu daripada alternatif berkesan yang boleh ditimbangkan oleh suami-isteri. Dengan Perjanjian ini, sepatutnya ia dapat meringankan beban atau menyelesaikan masalah isteri sekiranya berlaku penceraian, kematian suami atau suami berpoligami lagi. Pemilikan harta sepencarian ini boleh dikuatkuasakan melalui proses pengesahan mahkamah oleh isteri (biasanya) kerana ia sudah mendapat kerelaan suami seperti dalam perjanjian harta sepencarian.



Faedah pengurusan harta sepencarian

Pembahagian yang harmoni

Suami isteri bersetuju dan berpuas hati dengan cara pembahagian yang mereka mahu dan peratusnya serta harta mana yang mahu dijadikan harta sepencarian.

Hak suami dan isteri Terpelihara

Hak suami isteri sentiasa dilindungi seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian harta sepencarian itu.

Tidak tertaluk pada faraid

Mengelakkan perbalahan ahli keluarga jika berlaku kematian isteri/suami kerana ianya bukannya harta pusaka.

Cepat dan Jimat Kos

Proses pembahagian dapat dilakukan dengan cepat dan penjimatan kos tanpa perlu membuat tuntutan di mahkamah..