Dapatkan e-Book anda secara percuma!!





Hubungi kami!

Dapatkan 1 jam konsultasi dan quotation melalui hibah secara percuma daripada Teamikhlas.com


Untuk baca lebih lanjut... Click di sini!!

Apa itu
Hibah ?

Hibah membawa maksud Pemberian Hak atau Harta secara sukarela, tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan niat dan tujuan yang baik, tanpa ada sebarang syarat, imbalan atau balasan.



Hibah Harta

Dalam proses pengagihan, pemberian secara hibah dapat membantu Pemberi hibah mengagihkan hartanya mengikut hasrat beliau sendiri.


Antara harta yang tidak boleh dihibahkan:

  1. Harta yang mempunyai susut nilai seperti kenderaan.
  2. Harta yang masih dalam hutang.

Kebaikan
Pemberian Harta Dibuat Secara Hibah

Pembahagian hibah berkuatkuasa sepenuhnya mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen hibah tersebut. Sebaik sahaja Mahkamah Syariah memutuskan bahawa hibah itu sah mengikut hukum syarak, ia tidak boleh dituntut oleh waris yang lain.

Pindahan harta semasa hidup masih boleh ditarik balik sekiranya penerima merupakan anak dan cucu. Dengan menyediakan hibah, kita telah menetapkan siapakah yang akan menerima harta ini mengikut kehendak tetapi sekiranya pemberian ini dibuat kepada anak dan cucu, kita boleh menarik balik atau mengubah pemberian ini pada bila-bila masa yang kita kehendaki.

Walaupun dokumen hibah disediakan hari ini, namun pindah milik di dalam geran hanya akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Perlaksanaan menggunakan modul seperti ini menjamin bahawa pemberi hibah masih mempunyai kuasa ke atas hartanah yang dihibah selagi dia masih hidup.

>Jika Seorang ayah atau ibu memilih untuk memindah milik hartanah mereka kepada anak-anak hari ini, mereka perlulah membayar kos duti setem. Jika melakukan hibah, proses pindah milik berlaku, namun duti setem tidak perlu dibayar pada ketika ini dan ini menyebabkan prosedur menyediakan hibah jauh lebih efektif dari segi kos.

Sekiranya pemberi harta iaitu suami telah menghibahkan harta kepada isteri, pemberian ini akan terlaksana walaupun telah pun berpisah.